Tuesday, October 26, 2010

Dosej Maksima

Dosej maksima latihan yang menggunakan peralatan free weight dicari dengan seseorang atlit itu perlu mengangkat bebanan seberat 20% daripada berat badan,seberapa banyak ulangan yang dilakukan sehingga atlit tersebut merasa lesu.50% dari jumlah maksima tersebut akan dikira sebagai aktiviti bebanan. Tujuannya ialah untuk mengekalkan daya tahan otot yang diperlukan oleh atlit tersebut.

Dosej maksima bagi latihan yang menggunakan peralatan mesin adalah berdasarkan berat badan maksimum yang boleh diangkat untuk sekali angkatan sahaja. Contohnya seorang atlit melakukan aktiviti Tricep Pulldowns dan dapat mengangkat beban sehingga 100 paun. Berat itu ialah dosej maksima dalam aktiviti Tricep Pulldowns. Oleh itu, 50% daripada berat tersebut ialah 50 paun. Berat itu digunakan oleh atlit dalam aktiviti latihan bebanan untuk membina daya tahan otot yang diperlukan dengan membuat ulangan sebanyak 6 kali setiap set.

Pada latihan ini dosej maksima yang hendak dicari akan melibatkan berat pelatih. Berat pelatih di gunakan sebagai pengukur. 20% dari berat badan atlit di gunakan sebagai memanaskan badan. Bilangan ulangan ialah 15 kali. Jika 20% itu ialah 14 kg pada set pertama, ulangan yang diberi ialah 15 kali dan rehat 2 minit. Pada set kedua, beban perlu di tambah kepada 20 kg. Atlit dibenarkan melakukan aktiviti hingga terasa lesu. Kemudian rehat 2 minit lagi. Bebanan yang diangkat ditambah kepada angkatan yang tidak terdaya oleh atlit. Semua catatan angkatan atlit hendaklah direkod dan jumlah angkatan juga dicatat.

No comments:

Post a Comment