Monday, March 7, 2011

konsep penilaian

PENGENALAN

Penilaian adalah antara konsep penting dalam dunia pendidikan. Sering kali istilah ini bertukar ganti digunakan. Misalnya, sesetengah guru apabila mengedarkan kertas ujian, mereka mungkin mengatakan mereka mengukur prestasi pelajar atau menilai prestasi pelajar dalam sesebuah bilik darjah tanpa mengambil kira maksud sebenar atau maksud khusus yang mendukung istilah berkenaan.

Secara khususnya, penilaian mempunyai makna yang lebih spesifik. Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik dengan mengambil kira semua faktor yang boleh mempengaruhi maklumat atau dapatan yang diperolehi akan membantu guru dalam membuat sebarang keputusan yang tepat. Penilaian adalah suatu istilah yang boleh didefinisikan dengan banyak cara. Stufflebeam et al. (1971) menyatakan penilaian sebagai “the process of delineating, obtaining, and providing useful information for judging decision alternatives”. Definisi ini menjangkau melepasi daripada maksud pengujian dan pengukuran. Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai.

Hal ini seterusnya bagi membolehkan guru dapat membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran. Dalam sesuatu bilik darjah, apabila guru memberikan ujian, adakah guru berkenaan mengukur pencapaian pelajar atau guru menilai pencapaian pelajar. Dalam keadaan ini kita boleh mengatakan bahawa guru sebenarnya mengukur pencapaian pelajar melalui ujian yang dijalankan. Dalam sesetengah keadaan penilaian dibuat tanpa sebarang pengukuran yang melibatkan ujian terlebih dahulu, tetapi hanya melibatkan pertimbangan nilai semata-mata.

DEFINISI PENILAIAN

Penilaian merupakan satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif. Ia adalah satu proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai. Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif pembelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan sesebuah kurikulum. Penilaian pentafsiran adalah berdasarkan data kuantitatif dan penghuraian kualitatif. Ia boleh dijalankan sebelum, semasa, atau selepas satu sesi pengajaran guru. Penilaian ini boleh dijalankan berdasarkan satu pembelajaran spesifik atau kepada keseluruhan kurikulum.Menurut Nana Sudjana (1989) pula penilaian ialah suatu tindakan atau kegiatan untuk melihat sejauh mana tujuan instruksional dapat dicapai atau dikuasai dalam bentuk hasil-hasil pelajar melalui pengalaman.

OBJEKTIF PENILAIAN

Antara objektif penilaian ialah :

i. mengesan perkembangan pelajar secara menyeluruh tentang prestasi mereka dalam mencapai sasaran pembelajaran melalui ujian sumatif.

ii. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pelajar dalam pembelajaran lebih awal dari semasa ke semasa.

iii. Mengetahui keberkesanan pengajaran bagi membuat penyesuaian

iv. Merancang dan mengubah suai pengajaran

v. Memantau kemajuan murid bagi tujuan laporan dan tindakan susulan

vi. Merangsang pencapaian yang lebih tinggi

vii. Mengetahui pencapaian objektif pembelajaran

KONSEP PENILAIAN

PENILAIAN UNTUK PEMBELAJARAN

Penilaian untuk pembelajaran memfokus jurang antara pelajar dalam menentukan arah pembelajarannya dengan matlamat tertentu. Ini boleh dicapai melalui proses berkongsi kriteria dengan pelajar, soalan yang efektif dan maklum balas yang benar dan tekal. Dengan kata lain, penilaian untuk pembelajaran mendukung pembelajaran dan pengajaran. Black dan William menyatakan bahawa semua kegiatan yang dikendalikan guru atau/dan murid yang dinilai dan menghasilkan maklum balas yang dapat digunakan untuk mengubah kegiatan pembelajaran dan pengajaran yang lebih berkesan, yang lebih berpusatkan murid.

Pelajar dapat belajar dengan baik apabila:

i. Mereka memahami dengan jelas apa-apa yang dipelajarinya, dan apa-apa yang dimatlamatkan.

ii. Mereka diberikan maklum balas mengenai bermutu tidaknya kerja mereka

iii. Mereka dinasihati mengenai cara-cara peningkatan sesuatu pencapaian

iv. Mereka terlibat sepenuhnya dalam memutuskan arah pembelajarannya.

PENILAIAN SEBAGAI PEMBELAJARAN

Penilaian sebagai pembelajaran mengenai belajar bagaimana hendak belajar. Konsep ini menghubung kait antara pembelajaran dan pengajaran dengan kurikulum. Contohnya, pelajar dan guru perlu mengenal pasti dan membuat refleksi mengenai pembelajarannya, pelajar dan guru perlu menetapkan matlamat pembelajaran dan pengajarannya serta mengamalkan penilaian kendiri dan penilaian bersama.

PENILAIAN IALAH PEMBELAJARAN

Penilaian ialah pembelajaran mengenai pengumpulan dan penganalisisan data. Konsep ini menghubung kait antara penilaian dengan kurikulum. Contohnya, guru menggunakan data bagi memantau kemajuan dan merancang pembaikan serta guru menggunakan bukti-bukti daripada kegiatan harian bagi memantau kemajuan murid.

i. Guru memainkan peranan penting dalam mengesan kebolehan, kemajuan dan pencapaian pelajar.

ii. Guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina instrumen penilaian, menganalisis maklumat penilaian, melapor dan membuat tindakan susulan.

iii. Melalui aktiviti penilaian, guru dapat memastikan perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

JENIS-JENIS PENILAIAN

1. PENILAIAN FORMATIF

  1. Penilaian dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
  2. Maklumat yang diperoleh daripada penilaian formatif dapat memberi maklum balas tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai
  3. Maka guru dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang pelajar dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya
  4. Guru juga boleh menilai kemajuan pelajar dalam pelbagai aspek termasuk aspek-aspek yang tidak dapat dinilai secara berpusat

2. PENILAIAN SUMATIF

i. Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir tahun atau pada akhir semester

ii. Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang pelajar dengan pelajar lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan.

iii. Penilaian secara berpusat iaitu UPSR, PMR, SPM dan STPM biasanya dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia

iv. Keputusan penilaian secara berpusat dapat memberi maklumat tentang pencapaian pelajar di seluruh negara

3. PENILAIAN ALTERNATIF

i. Penilaian prestasi yang menegaskan bahawa kaedah penilaian ini memberi satu alternatif kepada pengujian kertas dan pensil tradisional

ii. Penilaian pengajaran di universiti sering melibatkan penilaian berdasarkan hasil pembelajaran yang ditunjukkan oleh pelajar

iii. Antara penilaian alternatif ini adalah penilaian terhadap disertasi, projek, kajian kes, portfolio, seminar, bengkel dan oral pelajar

iv. Sebagai contoh, pensyarah boleh menilai keberkesanan pengajarannya dalam sesuatu kursus melalui portfolio yang disediakan oleh pelajar

v. Penilaian alternatif ini memerlukan pengetahuan dan kemahiran khusus dan tidak dibincangkan dalam modul ini

4. PENILAIAN PRA KELAYAKAN DAN DIAGNOSTIK

i. Penilaian prakelayakan sebagai petunjuk sama ada pelajar berpotensi, bersedia dan mempunyai kecerdasan, bakat dan minat terhadap sesuatu bidang yang ingin beliau ceburi

ii. Penilaian diagnostik pula dilakukan sebagai cara untuk mengesan sama ada pelajar sudah bersedia untuk mengikuti pelajaran seterusnya

iii. Sekiranya pelajar belum bersedia, pensyarah dapat mengesan kelemahan dan kekuatan pelajar agar pembetulan dan penambahbaikan yang berkaitan boleh dilakukan

PRINSIP PENILAIAN YANG BAIK

1. Kesahan

Merujuk kepada tujuan dan dapat mengukur item-item yang dinilai dan bukan perkara lain. Item-item dan tujuan penilaian ini pula sejajar dengan Sukatan Pelajaran.

2. Kebolehpercayaan

Merujuk kepada ketekalan dan mencerminkan keupayaan sebenar murid serta tidak mengandungi unsur-unsur diskriminasi baik di segi jantina, budaya, bangsa dan sebagainya

a. Keobjektifan

Merujuk kepada kumpulan sasaran yang sama bagi sesuatu kertas ujian. Dan, pemarkahannya tidak dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti jantina, kaum, paras, latar belakang sosio-ekonomi

b. Kebolehtadbiran

Merujuk kepada kelancaran pentadbiran sesuatu ujian yang merangkumi faktor kos, masa, dan tenaga

c. Keberkesanan

Merujuk kepada kebolehan penilaian yang dapat membezakan tahap pencapaian pelajar

d. Kepositifan dan kekonstruktifan

Penilaian harus dapat mengenal pasti secara sistematik kekuatan, kelemahan, cara belajar, keperluan, minat, sikap dan usaha pelajar

TUJUAN PENILAIAN

Secara khusus, dalam konteks pembelajaran di kelas, penilaian dilakukan untuk mengetahui kemajuan dan hasil pembelajaran pelajar, mendiagnosa kesulitan belajar, memberikan umpan balik atau perbaikan proses belajar mengajar, dan penentuan kenaikan kelas. Melalui penilaian dapat diperoleh informasi yang akurat tentang penyelenggaraan pembelajaran dan keberhasilan belajar oleh pelajar, guru, serta proses pembelajaran itu sendiri. Berdasarkan informasi itu, dapat dibuat keputusan tentang pembelajaran, kesulitan pelajar dan upaya bimbingan yang diperlukan serta keberadaan kurikukulum itu sendiri.

Selain itu tujuan lainnya ialah sebagai penggerak atau motivasi bagi pelajar-pelajar. Dengan adanya ujian, pelajar-pelajar cenderung untuk memberi perhatian kapada pelajaran yang disampaikan oleh guru. Sebahagian besar pelajar akan hanya mula mengulang kaji bahan-bahan pelajaran lampau apabila diberitahu akan diadakan ujian. Begitu juga keadaan pelajar-pelajar di kelas yang akan menempuh peperiksaan mendesak mereka belajar bersungguh-sungguh untuk lulus peperiksaan.

Seterusnya untuk merangsangkan pelajar supaya terus memperbaiki pembelajarannya melalui tunjuk ajar dan bimbingan guru secara berterusan di bawah aktiviti PKBS (penilaian kemajuan berasaskan sekolah).

Disamping itu,penilaian ini juga betujuan untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan pembelajaran pelajar supaya tindakan susulan yang sesuai dapat dijalankan untuk membantu mereka mengatasi kelemahan yang telah dikenal pasti.

Seterusnya untuk memperbaiki pembelajaran pelajar dengan mengubahsuai aktiviti pengajaran dan pembelajaran berasaskan maklumat yang deperolehi dari PKBS. Ianya juga dapat mengenalpasti kelemahan dan kekuatan kurikulum, dan seterusnya mengubahsuainya mengikut maklumat dan objektif yang ditentukan.

Malahan bertujuan bagi mendapatkan maklumbalas (feedback), meninjau sejauh mana objektif pelajaran telah dicapai oleh pelajar, menentukan kemajuan dan pencapaian pelajar dalam pembelajaran, memahami daya penyerapan murid dalam pembelajaran, memberi penjelasan kepada guru sama ada pengajarannya berkesan atau tidak, memberi gambaran kepada guru supaya mengambil tindakan untuk memperbaiki pengajaran selanjutnya.

Daripada penilaian yang dijalankan juga guru dapat membezakan murid-murid yang cemerlang, sederhana dan lemah berdasarkan keseluruhan prestasi pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diduduki. Guru juga akan membuat keputusan sama ada untuk mengubah strategi pengajaran agar lebih bersesuaian dengan keperluan pelajar atau mengulang menggunakan strategi sama dan sebagainya. Bagi pelajar-pelajar pula, hasil ujian mungkin merupakan suatu perangsang bagi mereka sekiranya keputusan yang diterima adalah baik. Prestasi mereka yang baik seterusnya akan mendorong mereka belajar dengan lebih tekun lagi. Sebaliknya, keputusan yang kurang baik mungkin akan mencabar pelajar berkenaan untuk berusaha dengan lebih kuat.

PENILAIAN PEMBELAJARAN

i. Hendaklah relevan

ii. Autentik

iii. Kontekstual

iv. Berdasarkan keupayaan dan kecerdasan pelajar yang berbeza-beza

KEPENTINGAN PENILAIAN

i. Penilaian yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat membantu pelajar mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun seterusnya.

ii. Kekuatan penilaian yang telah menguasai sesuatu nilai dan tindakan secara bermoral dapat diperkukuh dan diperkayakan.

iii. Melalui aktiviti tindakan susulan yang efektif, guru dapat membantu pelajar meningkatkan kemajuannya dalam pembelajaran dan seterusnya memperoleh pencapaian cemerlang dalam penilaian sumatif dan penilaian di peringkat pusat dan dalam diri pelajar dari aspek kognitif/pemikiran afektif/perasaan dan tingkah laku moral.

KESAN PENILAIAN KE ATAS PELAJAR

i. Guru dapat mengetahui keupayaan pelajar sebenar pelajar sebelum meneruskan pengajaran baru.

ii. Mengetahui pencapaian pelajar dengan pelajar lain dan tahap pemahaman antara satu subjek dengan subjek yang lain.

iii. Melakukan maklumbalas atau refleksi pembaikan untuk meningkatkan pencapaian pelajar

iv. Dapat menentukan arah dan jenis pendidikan yang sesuai dengan pelajar.

v. Memberikan maklumat tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, penilaian keatas pelajar amat penting kerana setiap penilaian yang dibuat oleh seorang guru akan mengukur tahap seseorang pelajar. Penilaian ini juga turut memberi kesan terhadap pelajar untuk membantu meningkatkan tahap pencapaian pelajar di dalam akademik mahupun kokurikulum. Penilaian ke atas pelajar ini dapat dilakukan melalui beberapa cara sebagai contoh melalui peperiksaan bulanan.Keputusan ujian yang telah dilakukan dapat dinilai oleh guru sama ada pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas dapat dilaksanakan dengan baik atau sebaliknya.

Setiap penilaian yang telah ditafsirkan oleh guru akan memberi kesan terhadap pelajar untuk mengukuhkan keputusan yang baik atau sebaliknya.Disamping itu juga,penilaian peperiksaaan ini dapat membantu guru menukar atau mengubah cara pengajaran di dalam kelas agar pengajaran yang disampaikan dapat diperolehi oleh pelajar secara keseluruhan serta guru juga dapat meggunakan alat bantu mengajar yang lain supaya memberi kesan kepada pelajar khususnya ketika menghadapi peperiksaan.

RUJUKAN