Sunday, August 15, 2010

Isu terkini: Skuad Badminton Negara Berlatih Di Universiti Bath. England.

Sukan popular di negara kita iaitu sukan badminton telah mengalami krisis. Isu terkini, skuad badminton negara akan berlatih di Universiti Bath, England. Latihan di university tersebut telah lama dirancang dan tidak mendapat bantahan daripada jurulatih dan pemain badminton negara. Kini, jurulatih negara manyatakan beliau tidak dapat pergi kerana mengalami masalah peribadi dan anak buahnya turut mengambil keputusan yang sedemikian. Satu pihak telah mengadakan perjumpaan untuk menjernihkan keadaan ini menjelang kejohanan dunia di Paris. Terdapat babarapa kabaikan dan keburukan dalam usaha menghantar jurulatih dan atlet negara berlatih di luar negara.

Kebaikan untuk menghantar jurulatih dan atlet negara ke England ialah ingin membetulkan beberapa perkara yang tidak jelas tentang permainan badminton. Hal ini demikian kerana, akan meningkatkan lagi mutu sukan badminton di nagara kita. Seterusnya, untuk menguji kemudahan sains sukan bertaraf olimpik di Universiti Bath. Kemudahan sains sukan di negara tersebut lebih maju berbanding di negara kita. Oleh hal yang demikian, perkara ini boleh menaikkan lagi prestasi atlet di negara kita. Seterusnya, atlet negara juga boleh menggunakan sains sukan sambil menjalani latihan di luar negara. Dengan adanya kemudahan seperti ini, ia akan dapat mengembangkan sukan badminton di negara kita. Selain itu, kebaikannya juga dapat menempatkan seorang pakar untuk mempelajari dan mengadaptasi kemudahan canggih yang ada di sana lebih awal. Hal ini akan menyebabkan permainan badminton di negara kita akan terus berkembang. Atlet pelapis juga dapat menjalani latihan yang telah diperbaharui ini. Oleh itu, sukan badminton di negara kita perlu ditingkatkan lagi cara latihan yang lebih berkesan.

Terdapat juga keburukan-keburukan dalam menjayakan program tersebut iaitu mmembazirkan masa dan wang. Perkara ini akan membazirkan masa jika isu ini tidak diselesaikan. Pembaziran masa juga akan berlaku kepada atlet negara kerana mengambil masa yang lama untuk tiba di England. Secara amnya latihan untuk atlet negara juga akan berkurangan. Seterusnya, akan membazirkan wang kerana dalam masa tujuh hari kerajaan terpaksa mengeluarkan wang sejumlah RM78 000 untuk membiayainya. Kelemahan lain pula disebabkan keperluan yang tidak mencukupi. Antaranya ialah perubatan, fisiologi, serta tukang urut dan sebagainya. Jika keperluan-keperluan seperti ini dibawa ke England, jumlah wang tidak mencukupi untuk membiayai semua orang yang terlibat. Peruntukkan tambang pergi dan balik juga begitu tinggi dan tidak termasuk penginapan. Oleh itu, banyak pembaziran akan berlaku. Karajaan terpaksa menghabiskan wang yang banyak untuk sukan badminton negara sahaja.

Secara keseluruhannya, rancangan ini telah dibuat atau dirancang oleh Majlis Sukan Negara(MSN) dan Institut Sukan Negara(ISN) adalah untuk meningkatkan lagi prestasi atlet-atlet di negara kita. Disamping itu juga, jurulatih negara dapat memperbaharui cara atau pun corak permainan yang baru untuk mencapai ke tahap yang lebih tinggi lagi. Segala kemudahan sains sukan juga dapat diperbaharui disamping menjalani latihan di luar negara. Oleh itu, sukan negara kita perlulah dimajukan untuk mencapai atlet ke tahap yang lebih tinggi dan berkesan.

No comments:

Post a Comment