Saturday, August 7, 2010

Kecergasan Fizikal

1.1 Konsep Kecergasan


Ahli –ahli fisiologi berpendapat bahawa kecergasan merupakan satu keadaan dimana seseorang itu mempunyai keupayaan untuk melakukan kerja harian tanpa kelesuan dengan penggunaan tenaga yang minima serta mempunyai tenaga lebihan untuk digunakan di masa terluang dan ketika dalam kecemasan. Kecergasan juga boleh didefinisikan sebagai kebolehan untuk menyaingi kehidupan yang seimbang dan lengkap. Secara keseluruhannya kecergasan melibatkan kecergasan sosial, psikologi, dan fisiologi. Semua kecergasan di atas ditentukan oleh persekitaran, keturunan(baka), dan cara hidup seseorang itu.


Secara keseluruhannya, konsep kecergasan merangkumi segala aspek fizikal, mental, emosi, sosial dan kerohanian. Konsep kecergasan ini adalah komprehensif yang membolehkan seseorang itu hidup dengan sempurna dan bertenaga. Peningkatan kecergasan perlu bagi seseorang kerana kesihatan yang baik dapat menghindarkan sebarang kecacatan fizikal serta penyakit yang mungkin membahayakan diri.


Berdasarkan kepada huraian di atas dapatlah disimpulkan bahawa kecergasan adalah perkara utama yang perlu bagi kehidupan. Menurut ahli fisiologi, kecergasan boleh dibahagikan kepada beberapa aspek, iaitu kecergasan dari aspek kesihatan dan perlakuan motor.


1.2 Kecergasan Berasaskan Kesihatan


Terdapat 5 komponen kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan:

a. Daya tahan kardiovaskular-merupakan keupayaan bersenam dalam tempoh yang

panjang. Sistem pengaliran darah dan pernafasan membekalkan bahan api iaitu

oksigen untuk membolehkan aktiviti-aktiviti fizikal dijalankan.

b. Kekuatan otot-merupakan kebolehan sesuatu otot atau kumpulan otot mengatasi

rintangan bagi menghasilkan daya kerja. Pertambahan kekuatan akan membawa

ketahanan otot - otot iaitu kebolehan meneruskan sesuatu aktiviti dalam tahap

yang tinggi.

c. Daya tahan otot - merupakan keupayaan menggunakan otot tulang rangka untuk

menghasilkan daya berulang - ulang bagi suatu jangka masa tertentu, beberapa

kali tanpa perubahan bagi mengatasi rintangan atau beban.

d. Kelembutan – merupakan keupayaan untuk menggunakan sendi - sendi dengan

sepenuhnya melalui pergerakan.

Komposisi badan - adalah 3 komponen struktur asas ada pada badan iaitu
lemak, otot dan tulang. Merujuk kepada bahagian badan tanpa lemak(tisu) dan

bahagian lemak ini menentukan berat badan seseorang individu umum. Peratusan

lemak dalam badan merupakan petunjuk bagi kesihatan individu.



Kecergasan Berasaskan Perlakuan Motor


Terdapat 6 komponen dalam kecergasan berasaskan perlakuan motor:

a. Koordinasi bermaksud pergerakan yang melibatkan keselarasan antara

mata, tangan kaki dan badan. Keupayaan untuk menggunakan deria penglihatan

untuk sentuh bersama deria kalistenik atau otot untuk menghasilkan pergerakan

badan yang tepat.

b. Imbangan merupakan kebolehan seseorang kekalkan posisi badan dalam keadaan

tetap atau melakukan sesuatu aktiviti. Kebolehan untuk mengekalkan

keseimbangan apabila pusat graviti seseorang dan dasar atau tapak

menyokongnya diubah.

c. Ketangkasan ialah kebolehan seseorang bergerak dengan pantas sambil bertukar

arah. Kebolehan menukar kedudukan di ruang tertentu secara kemas dan mudah.

d. Kuasa merupakan keupayaan untuk melakukan pergerakan dengan cepat dan

melibatkan kekuatan dan kelajuan. Kebolehan individu melakukan sesuatu

pergerakan pantas yang kuat dalam jangka masa yang singkat dengan kecekapan

yang tinggi. Ini merupakan gabungan antara kekuatan otot dan kepantasan

kuncupan otot.

e. Masa tindakbalas ialah masa yang diperlukan oleh seseorang untuk bergerak

apabila seseorang itu bertindakbalas. Masa tindakbalas selalunya di kaitkan

dengan faktor ketangkasan. Kebolehan seseorang itu bertindak dengan secepat

mungkin dapat membantunya dalam situasi permainan dan dalam masa

kecemasan dari segi menyelamatkan diri.

Kelajuan merupakan keupayaan individu melakukan pergerakan berturut-turut
dengan pantas dalam masa yang singkat mengikut suatu arah kelajuan ditentukan

oleh hasil jarak langkah dan kekerapan melangkah. Kelajuan individu berkait

rapat dengan masa tindakbalas dan masa bergerak.


2. LATIHAN-LATIHAN KECERGASAN


2.1 Definisi Latihan


Latihan adalah suatu proses yang menggabungkan aspek fisiologi, biokimia, psikologi, sosial dan kaedah-kaedah latihan yang tertentu yang akan dipamerkan keberkesanannya oleh atlit yang telah menjalani proses latihan. Jurulatih perlu sentiasa membuat penilaian bagi memastikan latihan yang diberi adalah latihan yang berkualiti, mengetahui tindakbalas atlit terhadap latihan dan seterusnya dapat membentuk program latihan yang lebih berkesan pada perancangan program latihan yang akan datang. Jurulatih perlu mengetahui pendekatan saintifik bai memastikan program latihan yang dibentuk berdasarkan kepada objektif yang dikehendaki.


Teori dan kaedah latihan adalah suatu bidang yang sangat luas. Pengetahuan dalam bidang sains dapat membantu jurulatih menjadi lebih berkesan dalam memperbaiki atau meningkatkan keberkesanan latihannya. Prinsip latihan menggambarkan gabungan kompleks manakala pengetahuan mengenai faktor-faktor latihan membantu jurulatih memahami peranan yang di mainkan oleh setiap faktor latihan berdasarkan kriteria dan spesifikasi sukan atau acara tertentu.


Program latihan yang dirancang haruslah mengambilkira faktor umur peserta, kebolehan dan kualiti individu yang terbabit kerana tidak semua atlit memiliki kebolehan atau kemampuan yang sama. Kebolehan jurulatih merancang program yang sesuai dan berkesan akan dapat membantunya memberi latihan yang secukupnya bagi memastikan atlit mencapai tahap prestasi yang maksimum pada masa yang dikehendaki. Program latihan juga perlu mengambil kira faktor pemulihan atau rehat antara masa latihan bagi memastikan peningkatan prestasi yang berterusan.


sumber rujukan:hasil perbincangan seraca berkumpulan.

No comments:

Post a Comment